HAMILTON kini berkedudukan kelima senarai pelumba. -FOTO Reuters
HAMILTON kini berkedudukan kelima senarai pelumba. -FOTO Reuters
Agensi

London: Lewis Hamilton tidak boleh menerima jika dijadikan pilihan kedua selepas George Russell di Mercedes dan dia kini sudah mula memikirkan untuk menukar pasukan, kata Mika Hakkinen.

Selepas Max Verstappen dari Red Bull memenangi kejuaraan pada 2021, Hamilton terpaksa menyesuaikan diri dengan syarat perlumbaan yang berbeza musim ini.

Pelumba berusia 37 tahun itu kini di kedudukan kelima dalam senarai pelumba selepas tiga perlumbaan, sembilan mata di belakang rakan pasukannya di Mercedes, Russell.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menguasai kedudukan carta selepas Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ke-10 dan keempat di Bahrain, Arab Saudi dan Australia.

Jentera Mercedes bergelut dengan masalah teknikal semasa perlumbaan pertama musim ini dan juara dunia dua kali Hakkinen berpendapat Hamilton "terganggu dengan keadaan itu".

"Ia satu yang sukar untuk Lewis, ia jelas. Perlumbaan terakhir di Australia sangat sukar untuk Lewis. Mereka tidak mendapat keputusan yang baik. Bukan keputusan yang diinginkan tapi masih dapat mata untuk pasukan.

"Saya pasti Lewis tidak suka situasi itu. Sukar untuk kalahkan George. Saya bimbang ia akan menjadi musim yang sangat sukar untuk Lewis."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2022 @ 12:44 PM