HAMILTON dahului sesi latihan di Yas Marina Circuit. FOTO AFP
HAMILTON dahului sesi latihan di Yas Marina Circuit. FOTO AFP
AFP

Abu Dhabi: Usaha Lewis Hamilton untuk mencipta sejarah Formula Satu di Grand Prix Abu Dhabi bermula dengan cemerlang apabila pemandu Mercedes itu mendahului catatan masa selepas sesi latihan Jumaat lalu dengan pencabar utama bergelut untuk mendapatkan rentak.

Hamilton yang mengejar gelaran dunia kelapan yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pelumba sebelum ini, kini mengumpul mata yang sama dengan Verstappen menjelang perlumbaan penutup musim.

Berdasarkan pencapaian pada dua sesi latihan pembukaan, Verstappen menamatkan sesi ujian setengah saat di belakang Hamilton dan perlu bekerja keras untuk menyamai kepantasan Mercedes di Litar Yas Marina pada sesi kelayakan hari ini.

Pemandu Belanda itu mencipta masa terpantas pada sesi pagi.

Hamilton yang berkedudukan ketiga, bagaimanapun menukar keadaan pada sesi kedua dengan masa 1 minit 23.691 saat.

"Ia tidak rasa terlalu teruk," kata pemandu berusia 36 tahun itu.

"Saya bermula dengan agak teruk ketika P1 tapi semakin baik pada sesi kedua selepas kami melakukan beberapa perubahan.

"Kami akan terus melihat data dan mencari jalan untuk kami terus meningkat.

"Saya rasa sangat bagus dan sesuatu yang hebat ada dalam badan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 12:42 PM