MARINI (kanan) akan membawa cabaran pasukan VR46 dalam saingan MotoGP musim depan. FOTO AFP
MARINI (kanan) akan membawa cabaran pasukan VR46 dalam saingan MotoGP musim depan. FOTO AFP
AFP

Valencia: Dua pelumba Itali, Marco Bezzecchi dan Luca Marini akan beraksin dengan pasukan Valentino Rossi, VR46 dalam penampilan pertama pasukan berkenaan di saingan MotoGP musim depan.

Rossi akan menamatkan kariernya selepas perlumbaan terakhir hujung minggu ini namun pasukannya, VR46 akan terus melonjak ke satu peringkat lagi bagi aksi di MotoGP musim depan.

"Seperti semua orang tahun kami akan melakukan ujian kepada Marini dan Bezzacchimm," kata pengurus pasukan Moto2 itu, Pablo Nieto.

Marini adalah adik tiri Rossi, juara sembilan kali kejuaraan dunia dan berusia 42 tahun.

Dia telah membina legasinya di Akademi VR46 miliknya, dan pasukan VR46nya membuat debutnya di MotoGP sebagai satelit Ducati.

Dia juga bercadang untuk mencuba nasib di atas empat roda dalam GT Racing dan akan menjadi bapa dalam masa beberapa minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 November 2021 @ 11:56 PM