Rossi (kanan) mendedahkan bakal menantikan kelahiran anaknya bersama Francesca. FOTO IG valeyellow46
Rossi (kanan) mendedahkan bakal menantikan kelahiran anaknya bersama Francesca. FOTO IG valeyellow46
AFP

Paris: Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi akan meluangkan banyak masa ketika perancangan untuk bersara selepas dia mengumumkan hari ini bakal menjadi bapa buat pertama kali.

Pelumba yang popular dengan gelaran 'The Doctor' berusia 42 tahun itu, berkongsi khabar gembira berkenaan di akaun Instagram peribadinya serta gambar dia memakai pakaian perubatan putih dan memegang alat pendengar (stethoscope) yang diletakkan di bahagian perut teman wanitanya, Francesca Novello yang kini mengandung.

"Selepas beberapa pemeriksaan kami boleh memberitahu anda bahawa Franci mengandung! Kami menjangkakan bayi perempuan," kata Rossi.

Rossi mengumumkan pada awal Ogos lalu, dia merancang untuk bersara pada penghujung musim ini selepas 26 tahun terbabit dalam karier perlumbaan motosikal.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Ogos 2021 @ 7:37 AM