QUARTARARO meraikan kejayaan memenagi GP Belanda.  FOTO EPA
QUARTARARO meraikan kejayaan memenagi GP Belanda. FOTO EPA
AFP

Assen: Fabio Quartararo yang mengalami masalah tangan kanannya memenangi Grand Prix (GP) Belanda semalam sekali gus melebarkan kedudukan pendahulu kejuaraan dunia selepas mempamerkan aksi meyakinkan di Assen.

Sensasi Perancis itu memastikan Yamaha meraih penamat satu dua bersama rakan sepasukan, Maverick Vinales yang bermula di petak pertama.

Juara bertahan, Joan Mir meraih podium ketiga bersama Suzuki.

"Perlumbaan yang sukar. Saya bergelut sedikit sepanjang minggu dengan tangan kanan," kata Quartararo yang menjalani pembedahan Mei lalu selepas berdepan masalah tangan kanan.

"Sejujurnya saya agak takut. Saya cuba kekalkan kepantasan. Saya gembira kerana selepas bersaing dengan Maverick pada Sabtu, saya dapat memenangi perlumbaan pada Ahad," katanya.

Pada pusingan perlumbaan terakhir sebelum tempoh rehat pertengahan musim, Quartararo muncul juara kali keempat dan melebarkan kelebihannya berbanding seteru terdekat, Johann Zarco kepada 34 mata.

Zarco menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat bersama jentera Ducati Pramac.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Jun 2021 @ 11:59 AM