MCILROY harap dapat tamatkan kemarau gelaran utama. -FOTO AFP
MCILROY harap dapat tamatkan kemarau gelaran utama. -FOTO AFP
AFP

Augusta, Amerika Syarikat: Rory McIlroy kini sedang berusaha keras untuk membolehkan dia menguasai kejohanan Masters dan berharap beberapa perubahan yang dilakukan dalam persediaan rapi itu dapat membantunya meraih Jaket Hijau.

Pemain berusia 34 tahun dari Ireland Utara itu akan mencuba buat kali ke-10 untuk melengkapkan gelaran grand slam Masters minggu depan, perlu menang di Augusta National untuk meraih sekurang-kurangnya satu kemenangan di setiap kejohanan utama.

Pemenang kejohanan utama empat kali itu McIlroy akan menyertai Jack Nicklaus, Tiger Woods, Ben Hogan, Gary Player dan Gene Sarazen jika berjaya merangkul kejayaan di Augusta.

Dia boleh menambah kemenangan Masters dalam koleksinya dan menamatkan kemarau kemenangan besar sejak 2014.

"Saya rasa saya bekerja keras sejak beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat beberapa langkah yang cukup besar, terutamanya dengan beberapa perkara yang saya bergelut dengannya," kata McIlroy.

Pemain nombor dua dunia McIlroy mengubah rancangannya dengan menjalani latihan sembilan lubang pada Selasa dan Rabu, memilih tidak menyertai Par-3 Contest, untuk berehat dan memberi fokus dengan lebih baik pada cabaran di Augusta National.

McIlroy memperbaiki kelemahan dan mempertajamkan kemahiran iron atau pukulan panjang.

"Disiplin dan jangan tergoda untuk melakukan terlalu banyak pukulan, berpegang pada perancangan permainan anda," kata McIlroy.

"Ia adalah ujian terbesar dan ujian kesabaran terbesar tahun ini bagi saya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2024 @ 8:51 AM