ELENA buru gelaran ketiganya tahun ini.
ELENA buru gelaran ketiganya tahun ini.
Reuters

Miami: Pilihan keempat Elena Rybakina dari Kazakhstan mara ke final keempatnya musim ini selepas menamatkan cabaran pilihan ke-27 Victoria Azarenka dari Belarus dengan kemenangan 6-4, 0-6, 7-6 (2) di Terbuka Miami hari ini.

Dia akan menentang pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat (AS) Danielle Collins yang mengejutkan pilihan ke-14 Ekaterina Alexandrova dari Rusia dengan keputusan 6-3, 6-2.

Elena memperbaiki pencapaiannya kepada 22-3 dan menghidupkan peluang untuk memburu gelaran ketiga tahun ini selain melebarkan kemenangan keempatnya ke atas Victoria.

"Terima kasih di atas sokongan anda," kata Elena kepada penonton. "Ia atmosfera yang hebat dan saya nikmati suasana ini. Ia pertarungan sukar. Bagi saya kejohanan ini seperti maraton sejak hari pertama. Namun saya gembira mara ke final."

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Danielle yang kurang diberi tumpuan di kejohanan ini mencipta kejutan apabila mara ke final WTA 1000 kali pertama dalam kariernya.

Dia hanya beraksi sekali di final Grand Slam tetapi tewas di tangah jaguh Australia Ashleigh Barty pada final Terbuka Perancis pada 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2024 @ 11:38 AM