WOODS juara 15 kali kejohanan utama.
WOODS juara 15 kali kejohanan utama.
Agensi

London: Tiger Woods mengesahkan akan kembali beraksi di Masters bulan depan.

Juara 15 kali kejohanan utama itu kali terakhir tampil aksi kompetitif di Genesis Invitational pada Februari.

Namun kemunculan semulanya tidak bertahan lama apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan selepas lubang keenam di pusingan kedua.

Pemain berusia 48 tahun itu yang semakin pulih daripada pembedahan buku lali tahun lalu mendedahkan dia akan beraksi di Augusta bermula 8-14 April.

Woods dimasukkan dalam senarai pemain ke fairway oleh laman web kejohanan.

Legenda golf Amerika Syarikat itu menjuarai kejohanan lima kali dengan kali terakhir memakai Jaket Hijau pada 2019, 22 tahun selepas kemenangan pertamanya di Georgia.

Woods tampil semula di Augusta pada 2022 tetapi hanya menduduki tempat ke-47, hanya 14 bulan selepas hampir kehilangan kaki dalam kemalangan kereta.

Dia bertekad bermain satu kejohanan dalam sebulan tahun ini tetapi hanya bertanding jika dia berasakan benar-benar mempunyai peluang untuk memenanginya.

Bagaimanapun, Woods tidak berdepan laluan mudah apabila perlu berentap dengan pemain pilihan Scottie Scheffler, Rory McIlroy dan John Rahm di Augusta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 12:23 PM