JACOBS turut sertai acara 4x100m pada Mei.
JACOBS turut sertai acara 4x100m pada Mei.
AFP

Rome: Juara Olimpik 100 meter (m) Lamont Marcell Jacobs akan menyertai perlumbaan pertamanya tahun ini bulan depan dan kejohanan berganti-ganti dunia pada Mei, menurutnya kepada Gazzetta Dello Sport semalam.

"Saya fikir akan memulakan musim saya sekitar pertengahan April dengan menyertai satu atau dua acara 100m," kata Jacobs yang berpangkalan Jacksonville, Florida dan mendapat bimbingan jurulatih Amerika Syarikat (AS) Rana Reider.

Jacobs turut berlatih bersama jaguh AS Trayvon Bromell, juara Olimpik 200m Andre De Grasse dan jaguh pecut Jepun Abdul Hakim Sani Brown.

"Sejak tiba di Florida, semuanya berubah dalam tempoh lima bulan dari segi kekuatan, teknik dan pelaksanaan. Saya gembira dengan pilihan saya," tambah Jacobs.

Di kejohanan berganti-ganti dunia, Jacobs akan menyertai 4x100m yang dia juga adalah juara Olimpik acara itu.

Atlet berusia 29 tahun itu berkata dia akan kembali ke Itali sekitar 18-20 Mei dan berpangkalan di Rieti, utara Rom.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2024 @ 11:57 AM