AKSI Jacobs ketika di Olimpik Tokyo. FOTO Agensi
AKSI Jacobs ketika di Olimpik Tokyo. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Olimpik Tokyo, Lamont Marcell Jacobs membalas semula sindiran bahawa kejayaannya meraih pingat emas kerana ada kaitan dengan doping.

Menerusi satu temuramah dengan akhbar harian Corriere Della Sera, pelari pecut Itali itu berkata, keraguan mengenai kesahihan kemenangannya itu didorong oleh rasa cemburu.

"Saya tidak terganggu dengan niat jahat yang tidak betul mengenai doping," kata Jacobs.

"Dalam kehidupan ini akan sentiasa ada orang yang gagal melakukannya sendiri, tidak akan percaya terhadap mereka yang berjaya melakukannya.

"Saya tidak pernah berasa cemburu, hanya berasakan ia menambah daya saing. Sekiranya orang lain berjaya, saya juga mahu berjaya."

Hampir tidak dikenali setahun lalu, pelari berusia 26 tahun berasal kelahiran Texas itu meraih pingat emas acara pecut 100m dan 4x100m lari berganti-ganti di Olimpik Tokyo.

Ada yang meragui kemampuan Jacobs kerana sebelum 2020, dia tidak pernah berlari di bawah catatan 10s.

Kemenangannya itu menyaksikannya memperbaharui rekod Eropah dengan catatan 9.80s.

Selepas temasya itu, Jacobs berkata dia mahu berehat panjang termasuk tidak beraksi di kejohanan Diamond League dan hanya akan membuat penampilan semula pada 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 11:00 AM