DJOKOVIC pemenang 24 gelaran Grand Slam.
DJOKOVIC pemenang 24 gelaran Grand Slam.
Reuters

Los Angeles: Novak Djokovic kembali ke Indian Wells kali pertama dalam tempoh lima tahun untuk memburu gelaran keenam manakala Coco Gauff mahu menjadi pemain wanita Amerika Syarikat pertama muncul juara sejak Serena Williams pada 2001.

Pemenang 24 Grand Slam dari Serbia itu tidak menyertai Terbuka BNP Paribas sejak 2019 susulan isu vaksin Covid-19 tetapi dia tampak tenang di California Selatan sejak beberapa minggu lalu, menonton perlawanan Lakers dan LA Galaxy serta berlatih di UCLA.

Dengan tiada sebarang tekanan mampu menjadikan Djokovic lebih berbahaya, kata Paul Annacone yang melatih Roger Federer dan Pete Sampras. Dia kini menjadi pengulas sukan dengan Tennis Channel.

"Dengan orang lain anda boleh berkata, ketenangan dan bersantai boleh membuatkan seseorang itu berpuas hati tetapi tidak dengan Djokovic, personalitinya dan keinginan untuk bertanding," kata Annacone kepada Reuters.

Turut kembali beraksi selepas tersisih kejohanan tahun lal ialah Nadal yang meraih 22 gelaran Grand Slam dan tiga trofi Indian Wells.

Jaguh Sepanyol itu sebelum ini membayangkan kariernya sudah di penghujung dan dia hanya mahu membiasakan diri dengan gelanggang di padang pasir itu bagi memanaskan badan menghadapi kejohanan di permukaan tanah liat.

Nadal kembali beraksi di Brisbane pada January selepas hampir setahun berehat akibat kecederaan tetapi terlepas Terbuka Australia akibat satu lagi kecederaan otot.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2024 @ 10:26 AM