DJOKOVIC kecewa selepas kalah kepada Medvedev pagi tadi. FOTO AFP
DJOKOVIC kecewa selepas kalah kepada Medvedev pagi tadi. FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Usaha Novak Djokovic untuk masuk ke Amerika Syarikat bagi menyertai acara ATP di Indian Wells dan Miami mendapat sokongan daripada Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) dan penganjur Terbuka Amerika Syarikat AS.

Bintang tenis Serbia itu dihalang daripada memasuki AS kerana dia tidak diberi vaksin Covid-19, tetapi memohon pihak berkuasa AS untuk kebenaran khas untuk masuk ke negara berkenaan.

Twitter Terbuka AS memaparkan mengatakan badan induk tenis AS berharap Djokovic akan dibenarkan masuk.

"Novak Djokovic adalah salah satu juara terhebat yang pernah kami lihat dalam sukan tenis.

"USTA dan Terbuka AS berharap Novak berjaya dalam petisyennya untuk memasuki negara ini, dan peminat akan dapat melihatnya kembali beraksi di Indian Wells dan Miami," kata penganjur Terbuka AS.

AS masih tidak membenarkan pelancong antarabangsa yang tidak divaksin memasuki negara itu, dengan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan baru-baru ini menunjukkan dasar itu tidak akan berubah sehingga sekurang-kurangnya pertengahan April.

Djokovic kembali ke Australia pada Januari, memenangi Terbuka Australia 2023 untuk gelaran perseorangan Grand Slam ke-22 yang menyamai rekod terbanyak dicatatkan Rafael Nadal.

Dia mencatatkan kemenangan berturut-turut kepada 20 perlawanan di Dubai minggu ini sebelum tumbang kepada Daniil Medvedev di separuh akhir awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2023 @ 2:07 PM