AKSI Alcaraz ketika bertemu Koepfer. FOTO AFP
AKSI Alcaraz ketika bertemu Koepfer. FOTO AFP
AFP

New York: Carlos Alcaraz memulakan misi untuk mempertahankan mahkota Terbuka AS dengan kemenangan pantas untuk mara ke pusingan kedua selepas lawannya mengalami kecederaan.

Alcaraz, yang kembali ke Stadium Arthur Ashe di mana dia menjulang gelaran Grand Slam pertamanya setahun lalu, dilihat sentiasa menguasai perlawanan ketika lawannya dari Jerman, Dominik Koepfer mengalami kecederaan buku lali kiri.

Koepfer cuba terus beraksi walaupun kelihatan tidak selesa namun akhirnya terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 2-3 pada set kedua selepas Alcaraz menewaskannya 6-2 di set pertama.

"Ini bukan cara terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya," kata pemain nombor satu dunia itu.

"Tetapi saya perlu katakan di pihak saya bahawa saya beraksi dengan baik."

Alcaraz, yang menentang Lloyd Harris dari Afrika Selatan pada pusingan kedua, berada di landasan terbaik untuk menentang juara Terbuka AS 2021, Daniil Medvedev di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2023 @ 10:59 AM