KOEPKA dahului hari kedua Masters. FOTO AFP
KOEPKA dahului hari kedua Masters. FOTO AFP
Reuters

Augusta: Brooks Koepka mengambil kesempatan ke atas cuaca baik sebelah pagi untuk menjulang bendera LIV Golf dengan kelebihan tiga pukulan di tangga teratas selepas pusingan kedua Masters.

Ribut kencang melanda Augusta National sekali gus terpaksa tuan rumah menamatkan perlawanan lebih awal.

Koepka, yang berkongsi kedudukan teratas di pusingan pertama bersama pemain Norway, Viktor Hovland dan Jon Rahm, melakukan lima di bawah par 67 menjadikan keseluruhan 12 di bawah par.

Rahm, yang berada dalam kalangan pemain lambat memulakan aksi (kumpulan dua terakhir, berusaha untuk memperbaiki kedudukannya dengan mencatat sembilan di bawah par terganggu akibat cuaca buruk.

Pemain amatur, Sam Bennett terus mencipta kejutan dengan menduduki tempat ketiga apabila mencatat empat di bawah par.

Masa permulaan diawalkan 30 minit dalam usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin permainan sebelum ribut petir diramalkan melanda Augusta.

Cuaca buruk berlaku pada tengah hari menyebabkan aksi terhenti selama 21 minit, sebelum ia ditangguhkan lagi buat kali kedua sejam kemudian dan akhir sekali ia ditamatkan lebih awal.

Angin kuat juga menyebabkan tiga batang pokok tumbang di kotak tee ke-17.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2023 @ 12:00 PM