Novak Djokovic menjuarai Terbuka Australia bulan lalu.  FOTO AFP
Novak Djokovic menjuarai Terbuka Australia bulan lalu. FOTO AFP
AFP

Paris: Novak Djokovic menyamai rekod sepanjang zaman bagi minggu terbanyak sebagai pemain nombor satu dunia ATP Roger Federer ketika mengekalkan kedudukan dalam kelompok teratas bagi minggu ke 310.

Djokovic yang mengecapi kejuaraan kesembilan di Terbuka Australia bulan lalu memastikan juara 18 kali Grand Slam itu akan mengatasi rekod Federer minggu depan.

Sensasi Serbia merampas kedudukan di puncak ranking daripada Rafael Nadal pada Februari 2020 dan menamatkan saingan pemain nombor satu pada hujung tahun untuk kali keenam, menyamai rekod yang dilakukan oleh Pete Sampras.

Ini adalah kali kelima Djokovic berada di pencapaian teratas dalam kedudukan. Dia menghabiskan 122 minggu berturut-turut sebagai pemain nombor satu antara Julai 2014 dan November 2016. Rekod itu ketika ini dipegang oleh Federer (237).

Satu-satunya perubahan dalam kelompok ranking 20 teratas hari ini menyaksikan David Goffin, yang memenangi kejuaraan pertama selepas tiga tahun di Montpellier pada Ahad, melonjak ke tangga 14 mengatasi Milos Raonic.

Ranking ATP hari ini:

1. Novak Djokovic (SRB) 12030 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 9850

3. Daniil Medvedev (RUS) 9735

4. Dominic Thiem (AUT) 9125

5. Roger Federer (SUI) 6630

6. Stefanos Tsitsipas (GRE) 6595

7. Alexander Zverev (GER) 5615

8. Andrey Rublev (RUS) 4609

9. Diego Schwartzman (ARG) 3480

10. Matteo Berrettini (ITA) 3480

11. Denis Shapovalov (CAN) 2910

12. Gael Monfils (FRA) 2860

13. Roberto Bautista Agut (ESP) 2770

14. David Goffin (BEL) 2760 (+1)

15. Milos Raonic (CAN) 2630 (-1)

16. Pablo Carreno Busta (ESP) 2585

17. Grigor Dimitrov (BUL) 2575

18. Fabio Fognini (ITA) 2535

19. Felix Auger-Aliassime (CAN) 2516

20. Stan Wawrinka (SUI) 2365

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 10:36 PM