OTAEGUI mengucup trofi selepas muncul juara. FOTO EPA
OTAEGUI mengucup trofi selepas muncul juara. FOTO EPA
AFP

Sotogrande: Pemain golf Sepanyol, Adrian Otaegui mencipta rekod kejohanan apabila memenangi Andalucia Masters, semalam, yang juga kemenangan pertamanya di tanah air sendiri.

Pemain nombor 158 dunia itu yang memiliki kelebihan enam pukulan merekodkan tiga bawah par 68 untuk menamatkan kejohanan dengan 19 pukulan bawah par.

Otaegui adalah pemain Sepanyol pertama menang acara di Valderrama itu selepas Sergio Garcia merangkul kemenangan ketiganya pada 2018.

"Sangat bangga. Saya sangat gembira kerana ini adalah kemenangan pertama saya di Sepanyol," kata pemain berusia 29 tahun itu selepas kemenangan keempatnya di Jelajah Eropah.

"Di depan penyokong ini serta lapangan golf paling saya gemar di Sepanyol. Ia sukar dipercayai.

"Saya cuba bermain dengan cara saya, cuba bermain sebaik mungkin. Cuba menewaskan pemain lain hari ini dan kekal fokus."

Pemain Sweden, Joakim Lagergren menduduki tempat kedua manakala pemain Australia, Min Woo Lee menduduki tempat ketiga buat kali kedua berturut-turut selepas Terbuka Sepanyol, minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2022 @ 1:14 PM