KEMENANGAN Molano (dua dari kiri) ketika perlumbaan Peringkat Kedua LTdL 2022 dari Kuala Klawang ke Raub, semalam, dibatalkan. FOTO FATHIL ASRI
KEMENANGAN Molano (dua dari kiri) ketika perlumbaan Peringkat Kedua LTdL 2022 dari Kuala Klawang ke Raub, semalam, dibatalkan. FOTO FATHIL ASRI
Ferzalfie Fauzi


Genting Highlands: Pengarah Sukan pasukan UAE Team Emirates, Fabrizio Guidi mengakui pelumbanya, Juan Sebastian Molano tidak ada niat untuk bertindak agresif ketika menuju ke garisan penamat Peringkat Kedua Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Kuala Klawang ke Raub, semalam.

Molano yang terlebih dulu melintasi garisan penamat dilucutkan kemenangan selepas dia didapati bertindak agresif ketika ketika pecutan penamat beramai-ramai menyebabkan kemenangan diberikan kepada Craig Wiggins (Ara Pro Racing Sunshine).

Molano tergelincir ke tempat 109 dalam perlumbaan semalam.

"Dia terperangkap dua atau tiga kali dalam penamat beramai-ramai ketika mereka menuju ke garisan penamat.

"Ketika kumpulan ke kiri dan ke kanan, jadi akan ada pelumba yang merapati hendal basikal. Ia adalah gerakan untuk mempertahankan diri daripada Molano, ia bukan tindakan agresif.

"Itulah selalunya berlaku, namun sebagai pelumba dia tidak sepatutnya dibenarkan melakukan tindakan sedemikian," kata Guidi yang juga Raja Bukit Giro d'Italia 1996.

Beliau menambah, pasukannya menerima keputusan itu dan mensasarkan untuk fokus pada baki lima peringkat perlumbaan.

"Paling penting adalah terus pandang ke depan dan Molano pelumba yang hebat, jadi dia harus membuktikannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2022 @ 5:39 PM