ELAINE berjaya raih emas acara 200m di Sukan Komanwel. FOTO AFP
ELAINE berjaya raih emas acara 200m di Sukan Komanwel. FOTO AFP
AFP

Birmingham: Juara Olimpik, Elaine Thompson Herah berjaya meraih emas kedua di Sukan Komanwel selepas memenangi acara 200 meter (m) wanita.

Bintang pecut Jamaica berusia 30 tahun itu menjadi tumpuan utama pada hari terakhir acara trek dan padang di Birmingham dan tidak mengecewakan penonton dengan mencatat rekod temasya 22.02 saat (s).

"Saya hadir untuk catat rekod temasya dalam 100m dan ia tidak berjaya jadi saya berkata, saya mesti mendapatkannya dalam 200m.

"Saya bersyukur untuk meraih emas pada hari kemerdekaan di Jamaica," kata Elaine.

Elaine mengungguli podium pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu dalam acara 100m dan 200m, mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya di Rio empat tahun sebelumnya.

Tetapi dia hanya meraih gangsa dalam acara 100m di belakang rakan senegara Shelly Ann Fraser Pryce dan Shericka Jackson pada kejohanan dunia bulan lalu dan menduduki tempat ketujuh dalam 200m final.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 12:05 PM