DINA juara dunia 200 meter.
DINA juara dunia 200 meter.
Agensi

London: Juara bertahan Dina Asher-Smith dan Katarina Johnson-Thompson akan mengetuai cabaran pasukan Great Britain di Kejohanan Olahraga Dunia di Oregon bulan depan.

Dina bakal mempertahankan gelaran 200m yang dimenangi di Doha tiga tahun lalu manakala Katarina akan sekali lagi memburu pingat emas acara heptathlon.

Mereka sebahagian daripada kontinjen GB seramai 64 orang yang akan bertanding di Eugene dan turut menampilkan pemenang perak Olimpik, Keely Hodgkinson (800m) dan Laura Muir (1500m).

Dina turut berlumba acara 100m bersama Daryll Neita yang menewaskannya di Kejohanan UK Sabtu lalu dan Imani-Lara Lansiquot.

Beth Dobbin menyertai 200m manakala Nethaneel Mitchell-Blake dan Joe Ferguson dalam kategori lelaki.

Pemenang pingat gangsa Olimpik, Josh Kerr dan juara baharu UK, Jake Wightman serta Neil Gourley bertanding 1500m manakala Melissa Courtney-Bryant dan Katie Snowden dalam kategori wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 10:08 AM