Jaguh pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah. FOTO Agensi
Jaguh pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah. FOTO Agensi
Agensi

Eugene, Amerika Syarikat: Juara Olimpik, Elaine Thompson-Herah mencatat masa kedua terpantas sepanjang zaman dalam kategori wanita 100 meter (m) di Liga Berlian Eugene.

Jaguh Jamaica itu yang mengekalkan kejuaraan berganda dalam 100m-200m di Tokyo, mencatat rekod baharu dunia dalam masa 10.54 saat (s).

Hanya pelari Amerika Syarikat (AS), Florence Griffith-Joyner berlari dengan catatan terpantas apabila mencipta rekod dunia 10.49s pada 1988.

Atlet Britain, Dina Asher-Smith menamatkan saingan di tempat ketiga dalam 200m selepas dia kembali daripada kecederaan hamstring yang mengganggu kempen Olimpiknya.

Perlumbaan itu dimenangi atlet Switzerland, Mujinga Kambundji dengan Gabrielle Thomas dari AS menamatkan saingan 0.08s di depan juara dunia, Dina.

Dalam acara 100m, rakan senegara Elaine, Shelly-Ann Fraser-Pryce serta Shericka Jackson berada di kedudukan kedua dan ketiga untuk mengulangi kedudukan podium di Tokyo.

Atlet AS, Sha'Carri Richardson, yang terlepas saingan Olimpik kerana penggantungan sebulan selepas diuji positif dadah, menamatkan saingan di tempat terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Ogos 2021 @ 6:40 PM