TSITSIPAS berada pada tahap terbaik menjelang Wimbledon. FOTO EPA
TSITSIPAS berada pada tahap terbaik menjelang Wimbledon. FOTO EPA
AFP

Mallorca: Stefanos Tsitsipas berkata bahawa kemenangannya di perlawanan akhir Terbuka Mallorca adalah satu peristiwa penting dalam kariernya tatkala pemain kelahiran Greece itu meraih gelaran sulung di gelanggang rumput menjelang Wimbledon minggu depan.

Tsitsipas, pemain nombor enam dunia, yang hanya menikmati kejayaan sederhana di atas gelanggang rumput, menumbangkan pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut 6-4 3-6 7-6(2) menjelang saingan Wimbledon, di mana dia tidak pernah melepasi pusingan keempat.

"Ia sangat penting dan saya mahu memenangi kejuaraan di atas permukaan rumput. Saya sudah memenangi trofi di gelanggang biasa dan tanah liat sebelum ini," katan Tsitsipas yang akan berdepan wakil Switzerland, Alexander Ritschard di pusingan pertama Wimbledon.

Sementara itu, juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova bersiap sedia untuk saingan sama tahun ini dengan bergaya apabila dia menewaskan bekas pemenang Roland Garros, Jelena Ostapenko 6-3 6-2 di final saingan Antarabangsa Eastbourne.

Ia adalah gelaran kerjaya ke-29 dan yang pertama dalam tempoh lebih setahun untuk pemain Republik Czech berusia 32 tahun itu ketika dia menggariskan statusnya sebagai pencabar kurang diberi perhatian minggu di Wimbledon minggu depan.

"Servis yang saya lakukan sangat sempurna, tetapi saya masih memerlukan rehat, jika saya bermain sehingga tiebreak, peluang saya sentiasa 50-50," kata Petra.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 12:25 PM