ALVAREZ (kiri) sedia untuk tumbangkan Golovkin. FOTO Agensi
ALVAREZ (kiri) sedia untuk tumbangkan Golovkin. FOTO Agensi
AFP

Los Angeles: Saul 'Canelo' Alvarez berkata dia bercadang untuk menamatkan karier Gennady Golovkin apabila kedua-dua seteru tinju itu berdepan buat kali ketiga dan mungkin terakhir tahun ini.

Lima tahun selepas pertarungan pertama mereka berakhir dengan keputusan seri kontroversi, ikon Mexico Alvarez dan Golovkin akan bertemu buat kali ketiga di Las Vegas pada 17 September untuk menyelesaikan perseteruan mereka.

Pertarungan itu akan menyaksikan Golovkin naik satu bahagian ke kelas super-middleweight, bertujuan untuk merampas tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC), Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) milik Alvarez.

Pertarungan yang ditunggu-tunggu di Arena T-Mobile akan menjadi penutup kepada ketegangan sejak kebelakangan ini.

Tanda-tanda ketegangan itu tercetus pada hari Jumaat lalu apabila kedua-dua petinju itu bersemuka, bertentang mata selama hampir dua minit sebelum sidang media berlangsung.

Alvarez yang berusia 31 tahun (57-2-2, 39 KO) berkata dia merancang untuk menamatkan karier lawan berusia 40 tahun itu secara knockout.

"Sudah tentu saya akan lakukannya (tamatkan karier Golovkin). Itulah satu-satunya cara saya mahu menamatkan pertarungan ini.

Alvarez menambah bahawa menewaskan Golovkin menjadi matlamat peribadinya, selepas petinju Kazakhstan itu sentiasa bermulut celupar dalam situasi tertentu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 2:54 PM