NADAL mengejar waktu untuk membolehkannya beraksi di Wimbledon. FOTO Reuters
NADAL mengejar waktu untuk membolehkannya beraksi di Wimbledon. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Rafael Nadal sedang menjalani pemulihan di kediamannya selepas menjalani rawatan kecederaan kaki kiri semalam tatkala juara Terbuka Perancis itu sedang mengejar masa agar kembali cergas menjelang saingan Wimbledon.

Nadal pulang ke kediamannya di Mallorca, kurang tiga minggu lagi sebelum Wimbledon bermula pada 27 Jun.

Pemain berusia 36 tahun itu kakinya sedang 'berehat' selepas mendapatkan dua suntikan ketika kejayaannya menumbang Casper Ruud dalam perlawanan akhir di Roland Garros Ahad lalu sekali gus membolehkannya merangkul gelaran Grand Slam buat kali ke-22.

Nadal kemudian berangkat ke Barcelona untuk menjalani rawatan suntikan gelombang frekuensi radio, untuk meredakan kesakitan yang dialaminya.

Rawatan itu menyebabkan saraf di sekitar kawasan kecederaan Nadal akan kebas buat sementara waktu.

"Rafa sudah berada di rumah dan akan menghabiskan masa tiga atau empat hari melakukan aktiviti fizikal seperti biasa. Bergantung kepada kesan rawatan, dan selagi ia positif, dia akan kembali menjalani latihan di gelanggang nanti.

"Kami tidak menolak rawatan kedua akan dijalankan pada minggu depan," kata jurucakap pemain itu.

Nadal sudah bertahun-tahun mengalami masalah pada kakinya yang dipanggil sindrom Muller-Weiss, keadaan yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan tulang di kakinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2022 @ 9:31 PM