MEDVEDEV meraikan kejayaan mara ke suku akhir Terbuka AS. -FOTO AFP
MEDVEDEV meraikan kejayaan mara ke suku akhir Terbuka AS. -FOTO AFP
AFP

New York: Pemain pilihan kedua dari Rusia, Daniil Medvedev mara ke suku akhir Terbuka AS selepas menewaskan pemain British yang juga pilihan ke-24 Daniel Evans 6-3, 6-4, 6-3, untuk mara ke kelompok lapan terbaik buat kali keempat dalam lima penampilan di Grand Slam sebelum ini dalam usahanya untuk merangkul gelaran pertama Slam.

Medvedev tewas di final Terbuka Australia kepada Novak Djokovic tahun ini dan tewas di final Terbuka AS 2019 kepada Rafael Nadal tidak ketinggalan dalam sebarang set sepanjang empat perlawanan.

"Sekarang ini saya hanya mahu untuk ke final supaya ada perkara lain yang dapat diingat dan kali ini berharap ia lebih baik," kata Medvedev.

Medvedev seterusnya akan berdepan pemain di ranking ke-117, Botic Van de Zandschulp yang menyingkirkan pemain pilihan ke-11 dari Argentina Diego Schwartzman 6-3, 6-4, 5-7, 5-7, 6-1 dalam tempoh empat jam 20 minit.

"Saya tidak mempunyai sebarang kata-kata untuk itu," kata Van de Zandschulp. "Bermain terlalu banyak perlawanan. Sebahagiannya saya berada di ambang kekalahan tapi saya berjaya bangkit untuk menang."

Sementara itu Novak Djokovic yang berusaha untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam kalendar Grand Slam dalam tempoh 52 tahun akan berdepan Jenson Brooksby di suku akhir.

Pemain nombor satu dunia itu akan turun beraksi pada perlawanan pertama di Arthur Ashe Stadium.

Pemain Serbia berusia 34 tahun itu sebelum ini tidak pernah berdepan Brooksby yang berusia 20 tahun, sedang berusaha untuk menyempurnakan menjadi pemain pertama merangkul kesemua gelaran utama tahun ini selepas Rod Laver melakukannya pada tahun 1969.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 September 2021 @ 1:44 PM