CHALMERS sudah bersedia untuk bersaing di Olimpik. FOTO EPA
CHALMERS sudah bersedia untuk bersaing di Olimpik. FOTO EPA
AFP

Sydney: Juara bertahan acara 100 meter gaya bebas di Olimpik, Kyle Chalmers mengatakan bahawa dia dahagakan lebih banyak kejayaan selepas berjaya muncul juara kebangsaan Australia.

Perenang berusia 22 tahun itu kembali selepas pulih daripada pembedahan bahu, menamatkan saingan dengan catatan 48.04 saat mengatasi Jack Cartwright (48.81) dan Louis Townsend (49.10).

"Saya puas hati dengan catatan masa itu. Ia menghampiri 47. Alangkah baiknya jika berjaya melakukan 47 tapi waktu itu akan tiba," kata Chalmers yang tewas kepada perenang Amerika, Caeleb Dressel Amerika di kejohanan dunia 2019 selepas merekodkan 46.96s.

Dressel menamatkan saingan di tempat keenam ketika beraksi di Olimpik Rio, merangkul gelaran dunia selepas itu dan kini sudah bersedia untuk beraksi di temasya Olimpik dalam acara 100m gaya bebas.

"Kejayaan ini buat saya gembira tapi saya dahagakan lebih lagi," kata Chalmers yang memenangi acara 200m gaya bebas Khamis lalu.

Australia bakal menganjurkan kejohanan ujian Olimpik pada Jun ini.

Sementara itu Emma McKeon yang memenangi emas dalam acara 4x100m di Rio, melakar kejutan menewaskan bintang Cate Campbell untuk meraih emas dalam acara 100m.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 2:01 PM