RONALDO (kiri) dan Khabib pernah bertemu. FOTO IG Khabib
RONALDO (kiri) dan Khabib pernah bertemu. FOTO IG Khabib
Agensi

Madrid: Cristiano Ronaldo mampu menjadi juara UFC jika dia dilahirkan di Dagestan, kata Khabib Nurmagomedov.

Wilayah itu berjaya melahirkan petarung terbaik sukan seni bela diri campuran sejak sedekad lalu dan yang paling menyinar adalah Khabib.

Bapa Khabib, Abdulmanap yang sudah meninggal dunia adalah antara individu bertanggungjawab meningkatkan minat ramai terhadap sukan tempur itu di wilayah berkenaan.

Khabib berkata, Ronaldo juga mampu muncul juara jika dia dilahirkan di Dagestan.

"Saya sangat meminati bola sepak sejak zaman kanak-kanak dan sentiasa menyimpan impian untuk menjadi seorang pemain bola terkenal.

"Tapi saya dilahirkan di Dagestan dan anda sendiri tahu apakah keutamaan di tempat itu.

"Jika Cristiano Ronaldo dilahirkan di Dagestan, dia juga mampu menjadi juara UFC.

"Apa yang saya ingin katakan ialah bola sepak adalah sukan popular dan saya menjadi seorang petarung kerana sudah dididik sejak kecil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2021 @ 10:52 PM