PEMAIN Korea Jung Manjae (kiri) dikawal tiga pemain Belanda.
PEMAIN Korea Jung Manjae (kiri) dikawal tiga pemain Belanda.
Jugjet Singh


Bhubaneswar, India: Apa masalah pasukan hoki Asia di Olimpik dan Piala Dunia, tanya salah seorang peminat dengan lantang selepas Korea Selatan dibelasah Belanda 5-1 dalam aksi suku akhir.

Dia sebenarnya tidak tahu mengenai statistik dan sangat marah kerana India, Korea Selatan, Malaysia dan Jepun yang sekali lagi beraksi teruk di Piala Dunia Bhubaneswar-Rourkela.

Secara fakta tidak ada pasukan dari Asia pernah mara sehingga ke separuh akhir sejak Piala Dunia 2006 dan setidak-tidaknya boleh meredakan kemarahannya.

Korea Selatan pasukan terakhir beraksi di separuh akhir pada 2002 di Kuala Lumpur dan 2006 di Jerman, tatkala mereka tumpas kedua-dua perlawanan berkenaan.

Di Kuala Lumpur mereka kalah 1-2 kepada Belanda dan di Jerman, Sepanyol mengalahkan mereka 3-2. Di Bhubaneswar, Korea Selatan satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan satu gol menentang Belanda ketika kalah 1-5.

Belanda menjaringkan 27 gol dalam empat perlawanan, termasuk ketika menumpaskan Malaysia 4-0.

Format Piala Dunia juga tidak kondusif, kerana tiada perlawanan klasifikasi kelima hingga kelapan dan pasukan yang tewas pada suku akhir disusun berdasarkan ranking dunia mereka.

Jadi England kelima, Sepanyol keenam, New Zealand ketujuh dan Korea Selatan kelapan.

Ketika ditanya kepada jurulatih Korea Selatan, Shin Seok-kyo, apa pelan seterusnya selepas kalah 1-5 kepada Belanda? Beliau hanya tersenyum dan berkata:

"Tiada lagi perlawanan dan kami akan pulang untuk mempersiapkan diri bagi Sukan Asia."

Malaysia tewas kepada Sepanyol dalam aksi shoot out yang sengit di peringkat crossover dan Sepanyol mengakhiri saingan di tempat ke-6 dalam Piala Dunia, manakala anak buah, Arul Selvaraj akan bermain dalam perlawanan klasifikasi ke-12 hingga 16.

Ini aksi paling teruk buat India kerana mereka gagal mara ke suku akhir dan mereka dikritik oleh peminat dan bekas jurulatih serta pemain. Jangkaan terlalu tinggi terhadap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk muncul juara selepas kali terakhir dilakukan mereka pada 1975 Kuala Lumpur.

The Hindustan Times melaporkan: "Saya bukan peminat hoki tetapi anak saya melihat India memenangi gangsa di Sukan Olimpik Tokyo dan mula bermain sukan itu. Kami datang untuk menyaksikan kemenangan India tetapi kembali dengan banyak kekecewaan," kata Prasanto Mohanty yang kecewa selepas beliau bersama anak lelaki Prodip memakai jersi India dengan tiga warna dicat di pipi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2023 @ 4:38 PM