LUQMAN (kiri) Ahmad Shahrin berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas esukan. FOTO Ihsan GamesBond
LUQMAN (kiri) Ahmad Shahrin berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas esukan. FOTO Ihsan GamesBond
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pasukan sukan elektronik FIFA21, GBX eSports Team muncul juara keseluruhan minggu terakhir kejohanan Piala Dunia Kelab FIFAe Zon 2 Divisyen 1 selepas menewaskan wakil dari Jepun, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Walaupun terpaksa berhempas-pulas di 'lower bracket' namun GBX Esports Team berjaya mendominasi kejohanan ini seterusnya menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan dunia yang diiktiraf badan bolasepak dunia, FIFA.

"Kami sememangnya ingin membuktikan bahawa pasukan dari Malaysia mampu untuk mendominasi sukan elektronik FIFA khususnya di peringkat antarabangsa.

"Kejayaan menjuarai Zon 2 Divisyen 1 ini adalah kejayaan bersama yang kami ingin kongsikan kepada semua peminat," kata pengurus pasukan GBX, Aris Danial.

GBX Esports Team turut mengiringi dua pasukan dari Jepun untuk mewakili Zon 2 iaitu Zon Asia.

Pasukan GBX diwakili dua pemain ternama FIFA21 tanahair iaitu Luqman "LuqmanHzq" Haziq Hajiman dan Ahmad "Ayen" Shahrin Shaharudin.

Kejohanan ini antara kejohanan yang menjadi rebutan kelab sukan elektronik di serata dunia dan seterusya memberikan mata tambahan bagi melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia FIFAe.

Untuk rekod, LuqmanHzq dan Ayen pernah bergandingan dan berjaya merebut kejuaraan di kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 3:27 PM