MIKA beraksi selama 15 minit menentang KDA FC walaupun baru tiba di negara ini. FOTO NSFC
MIKA beraksi selama 15 minit menentang KDA FC walaupun baru tiba di negara ini. FOTO NSFC
Izzali Ismail


Alor Setar: Pengendali skuad Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Aziz tetap positif dengan kemampuan anak buahnya ketika tewas 0-2 kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Katanya, penguasaan dan kawalan permainan ditampilkan skuad Hobin Jang Hobin menunjukkan peningkatan dengan tahap persefahaman pemain sedang terjalin dengan baik.

"Setakat ini kita dalam proses mencari keserasian dan gandingan terbaik untuk membina pasukan baharu dan kita perlu teruskan usaha pembentukan pasukan ini.

"Setakat ini saya berasa positif dan 'on track' dengan perkembangan pasukan kerana kita tahu aksi menentang Kedah tetap mencabar dan mereka menghukum kesilapan kami.

"Secara keseluruhan perlawanan, kami dapat mengawal permainan dengan baik, cuma beberapa aspek perlu diperkemaskan lagi sebelum sepak mula Liga Super, pertengahan bulan depan," katanya.

Azzmi berkata, penyerang dari Sepanyol, Mika Junco diberi peluang beraksi 15 minit walaupun baru tiba di tanah air.

Katanya, beliau tertarik dengan teknik Mika mengawal bola dan mengharapkan peningkatan serta perkembangan pemain itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 9:59 PM