EMERY membimbing Villa di tangga keempat EPL ketika ini. FOTO FAIL AFP
EMERY membimbing Villa di tangga keempat EPL ketika ini. FOTO FAIL AFP
AFP

London: Pengurus Aston Villa, Unai Emery menyambung kontrak sehingga tahun 2027, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Emery melaksanakan tugas dengan cemerlang di Villa Park, apabila mengemudi kelab itu bergelut dengan zon penyingkiran ketika mengambil alih daripada Steven Gerrard pada November 2022 dan kini di ambang kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kelab Birmingham itu kini menduduki tangga keempat EPL, enam mata di depan pasukan di tangga kelima, Tottenham, yang memiliki kelebihan dua perlawanan.

Villa turut mata ke separuh akhir Liga Konferens Europa dan akan berdepan Olympiakos dalam usaha memburu trofi Eropah pertama sejak 1982, apabila mereka dinobatkan sebagai juara Eropah.

Bekas pengurus Sevilla, Paris Saint-Germain dan Arsenal itu baru-baru ini dikaitkan dengan tugasan di Bayern Munich dan beberapa kelab Eropah yang sedang mencari pengurus baharu.

"Kami menikmati pencapaian bersama-sama penyokong Villa, pemilik kela, pengurusan dan sekumpulan pemain yang membanggakan kami," kata pengendali dari Sepanyol berusia 52 tahun itu yang menyaksikan kontraknya masih berbaki dua tahun/

"Saya dan pengurusan bola sepak berkongsi visi sama dengan pemilik. Nassef (Sawiris) dan Wes (Edens) cukup memberi sokongan dan penghormatan, kami memiliki persekitaran bagus dan struktur tepat untuk membangun di kelab bola sepak ini.

"Kami perlu mengekalkan semangay kerja keras ini, keputusan bijak dan koordinasi dengan pemilik yang bekerjasama ketika ini.

"Kami perlu bekerja bersama-sama dengan lebih baik lagi. Kami akan saling memerlukan. Impian sudah ada dan akan sentiasa ada, itulah moto projek ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:27 PM