LUIS Rubiales dilihat meninggalkan mahkamah. FOTO AFP
LUIS Rubiales dilihat meninggalkan mahkamah. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pendakwa raya Sepanyol hukuman menuntut penjara dua tahun setengah di kenakan ke atas bekas Presiden bola sepak Sepanyol, Luis Rubiales yang berdepan perbicaraan kerana mencium bibir pemain tengah Sepanyol, Jenni Hermoso di luar kerelaannya, demikian yang ditunjukkan oleh dokumen mahkamah.

Pendakwa raya juga mahu Rubiales, yang didakwa atas serangan seksual dan paksaan, membayar sekurang-kurangnya 50,000 euro (RM256,000) sebagai pampasan kepada Jenni, itu kandungan dokumen yang dihantar ke mahkamah Audiencia Nacional Sepanyol, yang salinannya dilihat oleh AFP.

Semasa insiden itu, yang berlaku pada 20 Ogos tahun lalu selepas Sepanyol menewaskan England untuk memenangi perlawanan akhir Piala Dunia Wanita di Australia, Rubiales memegang kepala Jenni dengan kedua-dua tangannya sebelum mencium bibirnya secara paksa.

Ciuman itu berlaku secara langsung di hadapan kamera yang dilihat seluruh dunia sekali gus mencetuskan kemarahan meluas dan menyebabkan beliau digantung oleh badan induk bola sepak dunia FIFA.

Pada masa itu, Rubiales menyatakan ia adalah ciuman dibibir yang mendapat 'persetujuan', tetapi Jenni, 33, menafikannya.

Di bawah undang-undang Sepanyol, ciuman tanpa persetujuan boleh dikelaskan sebagai serangan seksual, kategori jenayah yang tergolong dalam semua jenis keganasan seksual.

Tekanan yang dihadapi Jenni menyebabkan dia merasai kebimbangan dan tekanan yang hebat selama beberapa bulan.

Pendakwa raya meminta Rubiales yang berusia 46 tahun dipenjara setahun dan kemudian tambahan penjara 18 bulan atas tuduhan melakukan paksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 10:26 AM