Zainal perkuat bahagian pertahanan dan tengah NSFC musim ini. -FOTO Ihsan NSFC
Zainal perkuat bahagian pertahanan dan tengah NSFC musim ini. -FOTO Ihsan NSFC
Oleh Mohd Amin Jalil


Seremban: Persiapan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 dilihat sudah bermula apabila dua lagi pemain dikekalkan dalam pasukan itu.

Selepas penyerang muda, N Javabilaarivin, kini pemain pertahanan dan tengah, Zainal Abidin Jamil dan Izzuddin Roslan, masing-masing kekal memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi cabaran kempen yang dijadualkan akan bermula Mei hadapan.

"Zainal Abidin bakal menyumbang kepada kekuatan barisan pertahanan skuad Negeri Sembilan dalam mengharungi saingan Liga M 2024-2025.

"Memasuki musim kedua kontrak bersama NSFC, kehadirannya pasti dapat membantu meningkatkan keseragaman serta kestabilan dalam pertahanan pasukan. Zainal menyumbangkan dua gol untuk pasukan musim lalu.

"Bagi Izzuddin pula, dia memasuki tahun ketiga berkhidmat bersama Negeri Sembilan sejak mula menyertai pasukan pada musim 2022 dan sepanjang tempoh berkenaan, bekas pemain Bawah 19 Tahun kebangsaan (B-19) ini telah membuat sebanyak 37 penampilan bersama NSFC," kata jurucakap kelab itu, hari ini.

Sementara itu, Zainal Abidin menyifatkan suatu cabaran besar bakal dihadapinya musim ini terutama dalam misi menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad

Hobin Jang Hobin.

Dalam perkembangan berkaitan, NSFC dijangka akan membawa masuk salah seorang bekas pemain kebangsaan yang pernah beraksi bersama Negeri Sembilan pada final Piala FA 2003, sebagai tenaga penting dalam perancangan pembentukan pasukan baharu dan nama mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 2:11 PM