BARISAN pemain Jordan melakukan sujud syukur selepas mereka mara ke separuh akhir Piala Asia menewaskan Tajikistan. - FOTO Reuters
BARISAN pemain Jordan melakukan sujud syukur selepas mereka mara ke separuh akhir Piala Asia menewaskan Tajikistan. - FOTO Reuters
Agensi

Doha: Saingan separuh akhir Piala Asia di Qatar bakal menjadi satu pertarungan luar biasa selepas Iran menjadi pasukan terakhir melengkapkan pasukan yang mara ke saingan itu.

Jordan akan berdepan Korea Selatan pada separuh akhir pertama yang akan berlangsung Selasa ini manakala Iran akan menentang juara bertahan Qatar pada hari Rabu.

Jordan yang akan muncul di separuh akhir buat kali pertama, mara ke separuh akhir mereka dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang membuat penampilan sulung di kejohanan itu, Tajikistan pada hari Jumaat.

Manakala Korea Selatan yang memburu kejuaraan Piala Asia ketiga tetapi yang pertama sejak 1960, terpaksa bekerja lebih keras sehingga memerlukan masa tambahan untuk mengenepikan Australia 2-1.

Son Heung-min muncul wira pasukan itu apabila menjaringkan gol kemenangan Korea menerusi sepakan percuma yang menakjubkan.

Sementara itu juara bertahan Qatar, layak ke saingan empat terbaik selepas menewaskan Uzbekistan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti apabila aksi suku akhir berakhir dengan keputusan seri 1-1 selepas tamat 120 minit di Stadium Al Bayt.

Iran mara lebih awal dengan menewaskan Jepun 2-1 dalam pertemuan suku akhir antara dua pasukan yang pernah menjulang trofi Piala Asia sebanyak tujuh kali itu.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada hari Sabtu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2024 @ 10:14 AM