OLE Gunnar Solskjaer. FOTO EPA
OLE Gunnar Solskjaer. FOTO EPA
Agensi

London: Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir menjadi jurulatih Besiktas, menurut laporan.

Bekas pengurus Red Devils itu tidak bekerja sejak meninggalkan Old Trafford pada November 2021.

Legenda Norway berusia 50 tahun itu, yang sebelum ini melatih Molde di tanah airnya dan Cardiff City, membimbing 149 perlawanan bersama United sebelum dia dipecat selepas membelasah Watford 4-1.

Kini NTV Spor mendakwa bahawa beliau akan membimbing kelab gergasi Turkiye, Besiktas.

Difahamkan Solskjaer dikatakan akan menggantikan Riza Calimbay, yang dipecat selepas hanya tujuh perlawanan membimbing kelab itu.

Beliau dijangka menandatangani kontrak selama 18 bulan untuk membimbing Besiktas.

Ia akan menjadikannya jurulatih kekal ketiga kelab itu musim ini yang melalui kempen sukar.

Besiktas memecat Senol Gunes pada Oktober lalu, setahun berkhidmat dan menjadikan Burak Yilmaz sebagai pengendali sementara sehingga Calimbay dilantik.

Kelab itu kini menduduki tempat kelima dalam Super Lig dan 17 mata di belakang seteru utama, Fenerbahce dan Galatasaray.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2023 @ 6:33 PM