STADIUM Darul Aman bakal menjadi tumpuan penyokong Kedah pada saingan menentang Selangor FC Sabtu ini. -FOTO Izzali Ismail
STADIUM Darul Aman bakal menjadi tumpuan penyokong Kedah pada saingan menentang Selangor FC Sabtu ini. -FOTO Izzali Ismail
Izzali Ismail


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyeru penyokongnya hadir memberi sokongan buat Sang Kenari yang akan membuat perhitungan berdepan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman Sabtu ini.

Aksi penting itu umpama 'pentas akhir' untuk menentukan pasukan mana yang akan menamatkan cabaran selaku naib juara Liga Super.

KDA kini mengumpul 53 mata perlu menang untuk memintas skuad Red Giants kendalian Tan Cheng Hoe yang hanya memiliki kelebihan dua mata untuk naik ke tangga kedua liga.

Menurut kenyataan dilaman rasmi KDA FC, Kedah memerlukan sokongan padu daripada penyokong setianya untuk memenuhi kapasiti tempat duduk Stadium Darul Aman.

"Seruan untuk 25,000 lautan hijau kuning untuk memenuhi Stadium Darul Aman.

"Kita mempunyai misi untuk mendaki tangga kedua Liga Super dan seterusnya memburu slot Liga Juara-Juara AFC 2," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2023 @ 11:53 AM