ARTETA dijangka akan menurunkan Rice apabila berdepan bekas kelabnya West Ham. -FOTO AFP
ARTETA dijangka akan menurunkan Rice apabila berdepan bekas kelabnya West Ham. -FOTO AFP
AFP

London: Mikel Arteta menjangkakan pemain tengah Arsenal, Declan Rice akan mempamerkan aksi menyengat apabila dia turun berdepan bekas kelabnya West Ham dalam pertembungan Piala Liga esok.

Rice meninggalkan Stadium London dengan nilai perpindahan £105 juta (RM608.13 juta) ke Gunners.

Bintang England itu mengetuai West Ham menjulang kejuaraan Liga Persidangan Eropah pada penghujung musim lalu dalam perlawanan terakhirnya bersama kelab yang disertainya sejak usia 14 tahun.

Tetapi menjelang kunjungan pertama Rice kembali ke West Ham sejak perpindahannya, bos Arsenal Arteta berkata dia percaya pemain berusia 24 tahun itu akan diberi sambutan hangat.

"Ini kali pertama dia kembali ke kelab lamanya dan ia saat yang indah untuknya, saya fikir," kata Arteta.

"Saya rasa ia satu yang menarik. Saya berpeluang melakukannya beberapa kali dan kemudian anda akan melihat apa yang mereka fikirkan tentang anda dan apa yang anda tinggalkan di kelab."

Arteta menimbang untuk menurunkan Rice pada perlawanan pusingan keempat dan pengendali Sepanyol itu dijangka membuat perubahan besar-besaran dengan merehatkan beberapa pemain selepas berdepan jadual perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara yang padat.

"Setiap kali anda mendengar dia bercakap tentang West Ham dan apa yang mereka lakukan untuknya dan semua orang di kelab, dia tidak boleh bercakap lebih daripada mereka, jadi harap mereka akan bersikap sama terhadapnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 9:26 PM