RAMOS kembali bersama Sevilla selepas 18 tahun. -FOTO Reuters
RAMOS kembali bersama Sevilla selepas 18 tahun. -FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Real Madrid melakar keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang menyaksikan Sergio Ramos turun bersama Sevilla seterusnya memastikan mereka akan menentang Barcelona dalam pertemuan Clasico hujung minggu selaku sebagai pendahulu liga.

Antoine Griezmann meledak hatrik dalam kemenangan 3-0 ke atas 10 pemain Celta Vigo untuk membantu Atletico Madrid naik di tempat kedua.

Real Madrid yang dikendalikan Carlo Ancelotti kehilangan dua mata dalam pemburuan kejuaraan, melebarkan jurang selaku pendahuluan kepada empat mata ke atas pesaing ketat Barcelona yang berada di tempat keempat dan akan melayan kunjungan Athletic Bilbao awal pagi nanti.

Gol sendiri David Alaba meletakkan tuan rumah di hadapan tetapi Madrid pantas menyamakan kedudukan menerusi Dani Carvajal.

Madrid berdepan bekas kapten mereka Sergio Ramos yang kembali ke Sevilla buat kali pertama dalam tempoh 18 tahun dan pemain berusia 37 tahun itu mempamerkan aksi terbaik untuk mengecewakan Los Blancos.

Sevilla yang dikendalikan jurulatih baharu Diego Alonso berjaya mencuri satu mata menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang Arsenal Selasa ini.

Pemain Los Blancos tidak berpuas hati dengan keputusan itu selepas menidakkan gol Fede Valverde dan Jude Bellingham selepas pemain Sevilla, Lucas Ocampos mengalami kecederaan.

"Pengadil melakukannya dengan baik, dia mengendalikan permainan yang bagus. Dia menghentikan serangan balas untuk menjaga kesihatan pemain, saya rasa dia mempunyai permainan peringkat tinggi," kata Ancelotti dengan nada yang sinis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2023 @ 10:19 AM