STADIUM Barcelona. FOTO Agensi
STADIUM Barcelona. FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Barcelona berdepan penggantungan daripada UEFA selepas kelab itu didapati terbabit unsur rasuah dengan membabitkan nilai jutaan euro berjumlah €7.3 juta (RM32.4 juta).

Mahkamah di negara itu mendakwa Barcelona terbabit dalam rasuah berhubung pembayaran kepada bekas Naib Presiden Jawatankuasa Teknikal Pengadil, Jose Maria Enriquez Negreira selama 17 tahun.

Kelab Catalan itu didakwa membayar jutaan euro namun Barcelona menafikan dengan mempertahakan ia adalah amalan biasa di kalangan kelab profesional.

Media di Sepanyol melaporkan, kelab itu membuat perjanjian sulit dengan membelanjakan jutaan ero untuk membayar perunding luar yang membekalkan laporan teknikal berkaitan pengadilan profesional iaitu syarikat milik Negreira dalam tempoh 2001-2018.

Negreira didakwa akan melakukan tindakan yang memihak kepada Barcelona dalam keputusan pengadilan perlawanan yang disertai Barcelona.

UEFA kini menjalankan siasatan sendiri ke atas gergasi Sepanyol itu sejak mereka didakwa pada Mac lalu namun UEFA masih membenarkan Barcelona menyertai pertandingan anjuran UEFA musim 2023/24.

Sekiranya Barcelona didapati bersalah atas tuduhan rasuah, UEFA bakal mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk membenarkan kelab itu bersaing dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 September 2023 @ 12:03 PM