TCHETCHE (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Kuala Lumpur City
TCHETCHE (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Kuala Lumpur City
Siti Aminah Mohd Yusof


Georgetown: Kuala Lumpur City (KL City) membuka tirai Piala Malaysia dengan kemenangan bergaya selepas membenam Penang FC 4-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 di Stadium Bandaraya di sini, sebentar tadi.

Tidak menunggu lama penyerang berbisa KL City, Tchetche Kipre meledak gol hasil serangan balas pantas pada minit keempat.

Kipre terus mengganas apabila tandukannya mencetak gol kedua kem pelawat hasil hantaran hantaran pemain tengah, Zhafri Yahya.

Enam minit berselang, giliran Zhafri pula menjadikan kedudukan 3-0 menerusi tendangan deras kapten pasukan KL City itu.

Situasi itu memaksa ketua jurulatih Penang, Chong Yee Fatt melakukan perubahan pada babak kedua dengan mengeluarkan pertahanan Ahmad Haziq Puad dan memasukkan Zaw Min Tun bergandingan dengan Rafael Vitor.

Namun, percaturan itu tidak menjadi apabila skuad Warga Kota menambah derita Penang menerusi pemain gantian, Romel Morales yang meledak gol keempat pada minit ke-84.

Skuad Harimau Kumbang sekali lagi berdepan KL City pada aksi timbal balik pusingan kedua di Stadium Kuala Lumpur 18 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2023 @ 11:37 PM