AZMOUN meledak 45 gol dalam 71 penampilan untuk negaranya. FOTO Agensi
AZMOUN meledak 45 gol dalam 71 penampilan untuk negaranya. FOTO Agensi
AFP

Rom: Penyerang Iran, Sardar Azmoun menandatangani kontrak dengan Roma secara pinjaman daripada Bayer Leverkusen ketika kelab Serie A itu cuba mencapai kesepakatan untuk mengambil Romelu Lukaku dari Chelsea.

Roma berkata mereka membawa masuk Azmoun, 28, 'secara sementara sehingga 30 Jun 2024' dengan 'pilihan untuk membuat perpindahan kekal'.

Azmoun, yang meledak 45 gol dalam 71 penampilan untuk negaranya, tiba selepas tempoh sukar di Jerman di mana dia hanya menjaringkan lima gol sejak berpindah ke Leverkusen pada Januari 2021.

Bagaimanapun, kedatangannya dibayangi sepenuhnya oleh kemungkinan kehadiran Lukaku.

Inter sedang dalam perbincangan dengan Chelsea tetapi dilaporkan berputus asa terhadap Lukaku selepas mereka mendapati dia berbincang secara rahsia dengan pesaing terbesar mereka Juventus dan AC Milan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 9:55 PM