POCHETTINO tidak memberi jaminan kesebelasan utama kepada anak buahnya. FOTO AFP
POCHETTINO tidak memberi jaminan kesebelasan utama kepada anak buahnya. FOTO AFP
AFP

London: Mauricio Pochettino enggan memberi jaminan tempat kesebelasan utama selepasChelsea berbelanja besar sejak musim lalu sehingga mencecah £350 juta (RM2 bilion).

Pemain tengah Southampton, Romeo Lavia melengkapkan perpindahan bernilai £53 juta (RM314 juta) ke Stamford Bridge pada ketika aktiviti membeli-belah pemain kelab itu tidak menunjukkan tanda-tanda reda.

Chelsea membuat lapan pembelian sejak pengendali Argentina itu mengambil alih pasukan selepas musim lalu berakhir walaupun Pochettino sebelum ini menyatakan hasrat untuk mengurangkan pemain.

Moises Caicedo ditandatangani dari Brighton dengan rekod Britain £115 juta (RM681 juta) untuk meningkatkan pilihan bahagian tengah Chelsea.

Dengan Lavia yang mendapat penilaian tinggi juga, Pochettino tahu beliau dijangka akan menampilkan pasukan berwajah baharu apabila Chelsea turun beraksi dalam perlawanan seteru London menentang West Ham esok.

Tetapi, di sebalik perbelanjaan kewangan kelab, Pochettino mahu rekrut baharunya membuktikan mereka layak mendapat tempat dalam rancangannya.

"Pemain mempunyai idea yang jelas bahawa mereka perlu bersaing untuk merebut tempat dan kemudian jurulatih yang akan menentukan siapa yang terbaik bagi setiap perlawanan," kata Pochettino kepada pemberita.

"Bukannya jika kami menandatangani pemain dan kami membelanjakan wang yang besar, mereka pasti akan bermain. Saya tidak memberitahu Moises atau Lavia 'anda akan bermain, sama ada anda baik atau buruk'. Ia tidak seperti itu dalam bola sepak.

"Pemain berbakat, pemain yang kelab membelanjakan wang, mereka perlu menunjukkan setiap hari bahawa mereka layak bermain.

"Tugas saya adalah untuk berlaku adil dengan semua orang dalam skuad. Anda menandatangani pemain dengan kontrak lapan tahun dan selepas itu dia tidak beraksi, tidak terbabit, tiada komitmen - adakah dia akan bermain? Itulah tugas kita. Ia bergantung kepada pertimbangan kami.

"Saya mendapat sokongan pemilik, saya mendapat sokongan pengarah sukan, setakat ini. Mereka perlu percaya pada penilaian kita. Ia bukan orang media sosial, ia adalah penilaian kami."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2023 @ 10:46 AM