KIM Swee mahu anak buahnya melupakan kekalahan di tangan Selangor. FOTO SABAH FC
KIM Swee mahu anak buahnya melupakan kekalahan di tangan Selangor. FOTO SABAH FC
Oleh Izwan Abdullah


Kota Kinabalu: Sabah FC bertekad untuk bangkit semula daripada kekalahan di tangan Selangor FC, minggu lalu, apabila bertemu Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Ahad ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menetapkan sasaran tidak mahu kehilangan mata dalam kunjungan itu nanti.

Bagaimanapun, beliau mengakui ia bukan perlawanan mudah kerana Penang FC memiliki kekuatan tersendiri selain pemain import dan tempatan yang berkualiti tinggi.

Katanya, pemain Sabah FC perlu kekal fokus sepanjang perlawanan itu nanti bagi memastikan dapat memungut mata penting.

"Kami harus bangkit dengan mencapai keputusan positif daripada badi kekalahan ketika berdepan Selangor, minggu lalu.

"Sabah FC perlu berada dalam landasan terbaik jika ingin mengekalkan rentak bagi merebut tiga tempat teratas Liga Super.

"Hanya berbaki beberapa perlawanan lagi sebelum berakhirnya musim Liga Super 2023," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2023 @ 6:29 PM