CORBIN (kanan) ketika cuba mengelecek pemain Kuching City FC Yuki Tanigawa pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, semalam. FOTO Bernama
CORBIN (kanan) ketika cuba mengelecek pemain Kuching City FC Yuki Tanigawa pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, semalam. FOTO Bernama
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), La'Vere Corbin-Ong tercalon dalam senarai 12 pertahanan untuk mengisi slot 'All Star XI' Liga Juara Juara Asia (ACL) 2022.

Tonggak pertahanan Harimau Malaya itu menjadi satu daripada dua pemain dari benua Asia Tenggara yang tersenarai selain pertahanan tengah BG Pathum United, Irfan Fandi.

Menerusi laman rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), penyokong boleh melihat semua 12 calon di laman sesawang badan induk itu dan memilih pertahanan kegemaran mereka sebelum tarikh tutup pada 23 Mei.

Bagi kategori bek kiri, pemain berusia 32 tahun itu bakal berentap dengan tiga lagi pemain iaitu Kim Jin-su (Jeonbuk Hyundai Motors), Mohammed Al Burayk (Al Hilal SFC) dan Dhurgham Ismail (Air Force Club).

"Salah seorang pemain terbaik dari JDT adalah La'Vere Corbin-Ong di mana lariannya daripada sebelah kiri membantu mencipta tiga gol buat pasukannya untuk JDT mara ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu.

"Pemain berusia 32 tahun itu juga begitu mantap dengan memenangi 30 perebutan dan melakukan 31 'recoveries' sekali gus membuktikan mengapa dia adalah pilihan utama buat Malaysia di posisi terbabit," kata AFC.

Sementara itu, bagi posisi bek kanan, empat pemain yang tercalon adalah Saud Abdulhamid (Al Hilal SFC), Hiroki Sakai (Urawa Red Diamonds), Fawaz Al Saqour (Al Shabab) dan Hwang Jae-won (Daegu FC).

Selain Irfan bagi kategori pertahanan tengah, tiga lagi pemain adalah Aref Aghasi (Foolad Khouzestan FC), Ali Al Bulayhi (Al Hilal SFC) dan Alexander Scholz (Urawa Red Diamonds).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 3:51 PM