ROBERTO Mancini. FOTO AFP
ROBERTO Mancini. FOTO AFP
AFP

Milan: Roberto Mancini sedang memikirkan di mana dia akan mencari bakat baharu untuk generasi Itali seterusnya ketika Azzurri akan memulakan kempen kelayakan Euro 2024 awal pagi Jumaat ini dengan menanti kunjungan England.

Jurulatih Itali itu dalam proses membina kembali pasukannya selepas juara Eropah itu gagal ke Piala Dunia tahun lalu berikutan kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi playoff.

Kegembiraan menewaskan England di Wembley pada final Euro 2020 dipadamkan ketika Macedonia Utara mengejutkan Itali tahun lalu.

Ketika pasukan utama dunia bersedia untuk ke Qatar, bola sepak Itali kembali memikirkan di mana tempat mereka dengan Mancini merasai kesan kekurangan pemain muda di negara yang sebelum ini kerap menghasilkan pemain berkelas dunia.

Itali memiliki tiga kelab dalam suku akhir Liga Juara-Juara pertama kali sejak 2006, dengan tiga lagi dalam kelompok lapan terakhir dua kejohanan Eropah lain, namun Mancini tidak merasai kejayaan di benua buat Serie A.

"Mereka (Napoli, AC Milan dan Inter Milan) hanya ada tujuh atau lapan pemain Itali dalam pasukan mereka... Inilah realiti dan kita perlu lakukan sesuatu berbeza," kata Mancini kepada wartawan kelmarin.

"Bola sepak Itali tidak dilahirkan semula... Jika ada 33 pemain Itali di padang, mungkin, jika separuh daripadanya Itali ia sudah mencukupi."

Mancini merasai kekurangan penyerang dan menggunakan pemain sayap Leeds United, Willy Gnonto sebagai contoh bagaimana pemain muda tidak dipandang oleh kelab Serie A.

Bagaimanapun dia turut dikritik membabitkan sebahagian daripada pemain dipilih dari 30 anggota skuad itu bagi pertembungan di Naples, termasuk panggilan pertama untuk penyerang kelahiran Argentina, Tigre dan Mateo Retegui.

Pertahanan Udinese, Destiny Udogie, yang akan ke Tottenham musim depan; pemain tengah Juventus, Nicolo Fagioli dan pasangan Lazio, Mattia Zaccagni xserta Nicolo Casale adalah antara pemain yang menjadi persoalan penyokong.

Itali akan berdepan England dan Macedonia Utara dalam Kumpulan C, pertemuan yang akan mengingatkan kehebatan dan kejatuhan dalam kempen Mancini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 10:54 AM