ARNOLD bersorak kegembiraan selepas Australia mara ke pusingan 16 terakhir di Qatar 2022. FOTO AP
ARNOLD bersorak kegembiraan selepas Australia mara ke pusingan 16 terakhir di Qatar 2022. FOTO AP
AFP

Sydney: Jurulatih skuad bola sepak lelaki Australia, Graham Arnold mengumumkan hari ini, dia akan membimbing pasukan itu ke Piala Dunia akan datang selepas mara ke pusingan 16 terakhir di Qatar 2022.

Arnold kemungkinan dipecat selepas Socceroos bergelut di peringkat kelayakan Piala Dunia, tetapi mengukuhkan cengkaman apabila menang mengejut ke atas Denmark dan Tunisia di peringkat kumpulan di Qatar.

Australia menafikan jangkaan rendah buat mereka apabila mara ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua dalam sejarah, sebelum akhirnya tewas tipis kepada Argentina yang akhirnya muncul juara Piala Dunia.

Arnold berkata, dia menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun dan akan mengemudi pasukan untuk layak ke Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.

"Saya sayangkan Australia dan cintakan bola sepak Australia, tiada apapun dalam bola sepak yang boleh menyamai kegembiraan, kebanggaan dan pencapaian yang saya serta pasukan rasa di Qatar," katanya dalam kenyataan.

"Keingian untuk meneruskan peranan itu semakin kuat dan saya tahu perlu memberi lebih banyak kegembiraan dan progam kepada Socceroos serta bola sepak Australia."

Pengerusi Persatuan Bolasepak Australia, Chris Nikou berkata, rekod Graham adalah luar biasa.

Arnold memiliki 56 sebagai pemain Socceroos dan dia menjadi jurulatih pasukan itu sejak 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 11:52 AM