ABDUL Malik mempunyai pengalaman luas. FOTO Ihsan Sri Pahang FC
ABDUL Malik mempunyai pengalaman luas. FOTO Ihsan Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Pemain berpengalaman Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff tidak berasa tercabar dengan kemasukan pemain baharu bagi menghadapi saingan

Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Justeru, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu sudah bersedia untuk membalas kepercayaan kelab itu untuk berada dalam senarai kesebelasan utama skuad Tok Gajah.

"Saya tiada masalah kerana fokus utama ialah untuk berada pada prestasi terbaik dan menjadi pilihan pasukan dalam skuad utama musim ini.

"Kehadiran pemain baharu termasuk penyerang import dianggap sebagai pencetus motivasi untuk memberikan yang terbaik.

"Pengalaman yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya kerana percaya dengan kemampuan diri sendiri.

"Persaingan dengan pemain import dan pemain muda diyakini membantu untuk sentiasa meningkatkan prestasi termasuk kecergasan," katanya.

Ketika ini, secara rasmi Sri Pahang menyenaraikan Lucas Silva dari Brazil selaku penyerang musim ini.

Pada masa sama, skuad Tok Gajah turut memiliki pemain naturalisasi, Sergio Aguero serta penyerang muda, Lokman Bah Din yang juga daripada masyarakat Orang Asli.

Namun, dengan pengalaman pemain berusia 32 tahun itu, Malik sudah pasti tidak mahu beraksi sebagai pemain gantian.

Musim lalu, Malik menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 7:00 PM