CONTE kini berada dalam keadaan kritikal untuk buru empat tempat teratas. FOTO Reuters
CONTE kini berada dalam keadaan kritikal untuk buru empat tempat teratas. FOTO Reuters
AFP

London: Antonio Conte mengakui Tottenham perlu berdepan pertarungan sengit untuk menduduki empat tempat teratas Liga Perdana selepas kesilapan besar Hugo Lloris mengancam kedudukan pasukan itu selepas mereka tewas 0-2 kepada Aston Villa.

Beraksi buat kali pertama sejak kekalahan Perancis di final Piala Dunia menentang Argentina, penjaga gol Tottenham Lloris gagal menangkap kemas percubaan Douglas Luiz di awal babak kedua dan Emiliano Buendia membuka jaringan untuk Villa.

Pemain tengah Brazil, Luiz kemudian menambah jaringan untuk Villa di akhir permainan yang menyaksikan Spurs dicemuh penyokong sendiri di Stadium Tottenham Hotspur

Lloris direhatkan Tottenham ketika mereka seri menentang Brentford pada 26 Disember selepas daripada Piala Dunia.

Tottenham berharap perlawanan pertama Liga Perdana pada 2023 akan membantu mereka memulakan usaha untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan melalui penamat empat teratas.

Sebaliknya, mereka berdepan keputusan sebaliknya pada hari pertama tahun baharu apabila Villa menghukum persembahan yang lesu anak didik Conte.

Tottenham kini di tempat kelima gagal memenangi kedua-dua perlawanan mereka selepas rehat Piala Dunia,dan penurunan prestasi itu membolehkan Manchester United menghuni tangga keempat dengan kelebihan dua mata di atas mereka.

"Kami tahu bahawa saingan liga akan menjadi sangat sukar untuk kami," kata Conte.

"Saya mahu berterus terang, saya mahu ia jelas. Saya mengatakan ini kepada kelab dan saya juga sudah menyatakan pendapat saya.

"Peminat berhak mendapatkan yang terbaik. Untuk kekal di tempat kelima adalah yang terbaik. Mungkin keenam, ketujuh, kelima atau keempat adalah terbaik."

Mendakwa Tottenham tidak mempunyai kualiti kreatif untuk memecahkan kubu lawan seperti Villa, Conte berkata: "Kami menemui pasukan yang bertahan terlalu baik dan kemudian kami melepaskan gol pertama.

"Saya yakin jika kami tidak melepaskan gol, kami boleh memenangi perlawanan. Gol yang kami bolos membunuh kami dalam keyakinan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2023 @ 9:42 AM