MBAPPE (kanan) bersama Pele. -FOTO AFP
MBAPPE (kanan) bersama Pele. -FOTO AFP
 NEYMAR (kiri) bersama Pele. FOTO AFP
NEYMAR (kiri) bersama Pele. FOTO AFP
Messi (kiri) bersama Pele (tengah) dan Neymar di majlis Ballon d'Or. -FOTO AFP
Messi (kiri) bersama Pele (tengah) dan Neymar di majlis Ballon d'Or. -FOTO AFP
AFP

London: Neymar mengetuai ucapan takziah penuh emosi kepada Pele selepas kematian legenda bola sepak Brazil dan bintang Paris Saint Germain berkata, legenda itu seorang ikonik yang mengubah sukan itu 'menjadi seni."

Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas mengalami "kegagalan berbilang organ" berikutan melawan kanser dan bintang-bintang bola sepak lama dan terkini tampil merakamkan ucapan takziah buat pemain bola sepak terhebat dalam sejarah itu.

Digelar "O Rei" (The King), Pele menjaringkan lebih 1,000 sebelum bersara pada 1977.

Penyerang Brazil, Neymar memuji Pele, satu-satunya lelaki yang memenangi tiga Piala Dunia, dalam catatan media sosial bersama dua keping gambar dirinya bersama legenda itu.

"Sebelum Pele, '10' hanyalah nombor," kata pewaris nombor baju itu menulis di Instagram.

"Tetapi ayat yang indah itu tidak lengkap. Saya akan mengatakan bahawa sebelum Pele, bola sepak hanyalah sukan.

"Dia mengubah bola sepak menjadi seni, menjadi hiburan... Status bola sepak dan Brazil melonjak kerana The King. Dia sudah pergi, tetapi keajaibannya akan kekal. Pele adalah abadi!" kata Neymar.

Seperti Pele, penyerang Perancis, Kylian Mbappe juga melakar nama pada usia muda dengan memenangi Piala Dunia pada tahun 2018.

Pele pernah mengucapkan tahniah kepada Mbappe apabila pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain remaja pertama menjaringkan lebih daripada satu gol di perlawanan Piala Dunia - ketika menentang Argentina pada edisi 2018 - sejak legenda Brazil itu meledak dua gol ketika menewaskan Sweden pada final 1958.

"Raja bola sepak sudah meninggalkan kita tetapi legasinya tidak akan dilupakan. Selamat jalan King," kata penyerang PSG, Mbappe, yang meledak hatrik ketika Perancis tewas penentuan penalti kepada Argentina di final Piala Dunia Qatar.

Pele turut memenangi Piala Dunia pada tahun 1962 dan 1970, dengan penyerang Argentina dan PSG, Lionel Messi dianggap antara pemain yang hampir menyamai pencapaiannya.

"Selamat jalan Pele," kata Messi yang turut memuat naik gambarnya bersama Pele di Instagram.

Cristiano Ronaldo, yang menunjukkan gambar Pele memberikannya anugerah, menganggap legenda itu sebagai inspirasi kepada jutaan orang.

"Dia tidak akan pernah dilupakan dan memorinya akan terus kekal di ingatan setiap pencinta bola sepak. Selamat jalan King Pele," kata Ronaldo.

Penyerang Manchester City, Erling Haaland turut membuat ucapan: "Apa saja yang anda lihat mana-mana pemain lakukan, Pele yang pertama melakukannya."

Bekas pemenang Piala Dunia bersama England, Geoff Hurst pernah menentang Pele di Piala Dunia 1970 - Brazil menang 1-0 di peringkat kumpulan - dan dia menganggap penyerang itu adalah yang terhebat pernah ditemuinya.

"Saya mempunyai banyak memori bersama Pele, dia adalah pemain bola sepak terbaik pernah saya temui," kata Hurst yang menjadi pemain pertama meledak hatrik di final Piala Dunia ketika England menewaskan Jerman Barat pada tahun 1966.

Presiden FIFA, Gianni Infantino menulis: "Pele: Abaddi - sentiasa bersama kami."

Pele turut membantu mempopularkan bola sepak di Amerika Syarikat apabila dia menyertai New York Cosmos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2022 @ 9:33 AM