Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meraikan jaringan ketika berdepan Argentina pada final. FOTO Reuters
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe meraikan jaringan ketika berdepan Argentina pada final. FOTO Reuters
Reuters

Lusail: Penyerang Perancis, Kylian Mbappe menjadi pemain kedua meledak hatrik pada final Piala Dunia ketika bangkit dari ketinggalan menentang Argentina pada perlawanan yang berlangsung dalam tambahan masa, menyaksikan kedua-dua pasukan seri 3-3 sebelum penentuan penalti.

Argentina bagaimanapunberjaya menewaskan juara bertahan itu, 4-2 menerusi penentuan penalti.

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan penalti Kingsley Coman dan rembatan Aurelien Tchouameni tersasar untuk memberikan Argentina kejuaraan dunia pertama mereka sejak 1986, dan ketiga keseluruhan.

Pemain England, Geoff Hurst adalah pemain pertama menjaringkan tiga gol pada final apabila menewaskan Jerman Barat, 4-2 selepas tambahan masa pada 1966.

Kylian Mbappe meledak dua gol dalam masa dua minit, termasuk penalti pada minit ke-80. Sebelum mengesahkan hatrik pada minit ke-118 dengan satu lagi penalti.

Argentina mendahului selesa 2-0 pada babak pertama dengan Messi mencipta rekod penampilan ke-26 dalam aksi Piala Dunia, menyempurnakan penalti pada minit ke-23.

Gergasi Amerika Selatan itu memperoleh jaringan kedua menerusi gerakan menarik daripada serangan balas membolehkan Alexis Mac Allister yang mengumpan bola kepada Angel Di Maria sehingga berjaya menjaringkan gol dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 2:41 AM