REAKSI Shaqiri dan rakan sepasukan selepas tamat perlawanan.
REAKSI Shaqiri dan rakan sepasukan selepas tamat perlawanan.
Reuters

Lusail, Qatar: Pemain tengah Switzerland, Xherdan Shaqiri meminta maaf kepada penyokong apabila mereka tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas 1-6 kepada Portugal dalam aksi 16 terakhir di Stadium Lusail, awal pagi tadi.

Goncalo Ramos meledak hatrik dengan Pepe, Raphael Guerreiro dan Rafael Leao turut mencipta jaringan yang membawa Portugal mara ke suku pertama kali pertama sejak 2006.

"Hari ini kami perlu meminta maaf kepada penyokong Switzerland. Ini bukan prestasi sebenar kami," kata Shaqiri.

"Kami sangat kecewa. Perancangan jurulatih tidak menjadi kepada kami. Kami tewas pada babak pertama lagi dan ketinggalan dalam banyak aspek."

Jurulatih Switzerland, Murat Yakin yang kontraknya tamat dua tahun lagi berkata, Portugal membuatkan skuadnya terkejut.

"Kami perlu terima kekalahan ini dan tahniah kepada Portugal," katanya. Mereka pasukan lebih baik malam ini. Mereka mengejutkan kami. Kekalahan ini memang mengecewakan apatah lagi dengan jaringan besar."

Switzerland gagal mara ke saingan lapan terakhir sejak Piala Dunia 1954 tetapi Yakin berkata skuadnya tetap berbangga dengan kemampuan mereka di Qatar dan akan berusaha meningkatkan lagi prestasi.

"Kami hanya tewas satu perlawanan, kenapa perlu kami persoalkan semua," katanya.

"Benar kami gagal menepati jangkaan penyokong tetapi meihat kembali kejayaan kami menuju ke Piala Dunia, ia boleh dibanggakan. Kami perlu terus memandang ke hadapan."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 7:59 AM